Friday, May 13, 2016

ETIKA SEORANG HACKER

Yang menarik, ternyata dalam dunia hacker mempunyai strata / tingkatan / level yang diberikan oleh komuniti hacker kepada seseorang kerana kelayakkannya, bukan kerana umur atau senioritinya.

Proses memperoleh pengakuan di antara sesama hacker tidak lepas dari etika & aturan dunia hackers underground. Etika ini yang akhirnya akan membezakan antara hacker & cracker, mahupun hacker kelas rendahan seperti Lamer & Script Kiddies. Salah satu etika yang berhasil di formulasikan dengan baik ada di buku Hackers: Heroes of the Computer Revolution, yang ditulis oleh Steven Levy pada tahun 1984, ada sepuluh (10) etika yang perlu di fahami dan di mahirkan oleh seorang hacker:

1. Mampu mengakses komputer dengan tidak terbatas dan secara total.
2. Semua informasi haruslah FREE.
3. Tidak percaya pada authoriti, ertinya memperluas rangkaian sendiri.
4. Tidak memakai identiti palsu, seperti nama samaran, umur, posisi.
5. Mampu membuat seni keindahan dalam komputer.
6. Komputer dapat mengubah hidup menjadi lebih baik.
7. Pekerjaan yang di lakukan semata-mata demi kebenaran informasi yang harus disebar luaskan.
8. Memegang teguh komitmen tidak membela dominasi ekonomi industri perisian tertentu.
9. Hacking adalah senjata majoriti dalam perang melawan pelanggaran batas teknologi komputer.
10. Baik Hacking mahupun Phreaking adalah satu-satunya jalan lain untuk menyebarkan informasi pada massa mengenai sesuatu perkara.
Cracker pula tidak memiliki kod etika apa-apa pun.

No comments:

Post a Comment