Saturday, June 4, 2016

HACK&CRACK WPA/WEP WIFI DENGAN FERN WIFI CRACKER

Hari ini kita akan membincangkan topik yang menjadi permintaan hangat dikalangan pembaca
My Hackers Are Here. Mr.Hac akan memberikan kepada anda tutorial cara atau kaedah untuk menggodam (hack) dan memecahkan (crack) kata laluan WPA/WEP WiFi dengan menggunakan sebuah tool khas untuk distro Linux iaitu Fern WiFi Cracker.

Tool ini telah didatangkan sekali dalam distro Linux yang paling 'hangat' digunakan untuk menggodam iaitu BackTrack 5. Malang sekali tool yang berguna ini tidak dicipta untuk Windows (sorry pengguna Windows!) oleh itu Mr.Hac menggalakkan anda untuk memasang secara dual boot dengan Windows distro Linux sama ada BackTrack 5 atau Ubuntu, atau boleh juga Linux Mint untuk menggunakannya. Tentang kaedah pemasangan Fern WiFi Cracker ini pada Ubuntu, itu Mr.Hac akan tulis kemudian dalam entri yang akan datang.

Ok? Dah cukup dengan intro tu? Mari kita telusuri kaedah ini bersama.

Kaedah/Cara Menggunakan Fern WiFi Cracker:

1. Klik pada butang Refresh untuk memuatkan antaramuka pemantau (monitor interface). Kemudian klik pada butang Scan untuk memulakan pengimbasan.




2. Apabila terdapat rangkaian WPA atau WEP dijumpai oleh Fern ini, maka akan kelihatan paparan seperti di bawah:




3. Jika anda memilih untuk menggodam WEP, paparan seperti di bawah (InsyaAllah) akan keluar:




4. Jika anda memilih untuk menggodam WPA pula, maka paparan seperti di bawah (InsyaAllah) akan keluar:



5. Kata laluan atau kekunci (keys) akan ditambahkan ke dalam pengkalan data (database) secara automatik selepas ia berjaya dipecahkan. Bagaimanapun, anda boleh menambahkan keys secara manual. Pengkalan data boleh dijejaki di /usr/local/bin/Fern-Wifi-Cracker/key-Database/Database.db 





6. Anda boleh menjejaki lokasi router WiFi dengan Mac Address menggunakan Geolocatory Tracker. Ia boleh dibuka melalui Toolbox -> Geolocatory Tracker



7. Dah tu tunggu apa lagi? Guna la WiFi tu! Haha!

SUMBER GAMBAR/ENTRIFern WiFi Cracker (Sila muat turun ia dari sini)


No comments:

Post a Comment