Saturday, October 29, 2016

Cara Menggunakan Hotspot Shield (Lepasi Sekatan Internet)

Assalamualaikum semua..sebelum ini Mr.Hac pernah menulis tentang Hotspot Shield..namun entry itu rasanya macam 'tak best'..ye lah..masa tu blog baru buka..domain pun tak pakai lagi..gaya penulisan masih belum 'jumpa' lagi dengan identiti sendiri..tulis pun malas-malas je..


Cara Menggunakan Hotspot Shield:

1. Set-kan pelayar web mana yang anda mahu gunakan sebagai default browser..

2. Muat turun Hotspot Shield di sini : Hotspot Shield

3. Selepas itu anda perlu memasangnya pada PC dan jalankan program Hotspot Shield..jika anda menggunakan Internet Explorer, maka anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah:




4. Setelah itu, anda sudah dapat melayari kesemua laman web tanpa sekatan lagi! jika anda sudah selesai melayari internet dan ingin menutupnya, anda klik icon Hotspot Shield pada dulang sistem (system tray), dan klik pada 'Disconnect'..




5. Selesai!


Kekurangan Hotspot Shield yang paling ketara ialah iklan..namun ia boleh diatasi dengan Add On Ad-Block atau boleh juga gunakan cara di bawah:


1. Pasang Add On Greasemonkey

2. Kemudian pergi ke Tools ---> Greasemonkey ---> New User Script




3. Masukkan maklumat Name, Namespace, Description, dan tambahkan '*' (ini akan membuatkan skrip digunapakai di semua laman yang dibuka)




4. Selepas anda klik ok, anda akan diminta untuk memilih teks editor untuk digunakan bagi mengedit kod..anda pilih Notepad..

5. Masukkan kod berikut:

nodes = document.evaluate(“//div”, document, null,
XPathResult.UNORDERED_NODE_SNAPSHOT_TYPE, null);

for (var i = 0; i < nodes.snapshotLength; i++) { thisLink = nodes.snapshotItem(i); if(thisLink.className.indexOf(‘AF’) == 0) thisLink.parentNode.removeChild(thisLink); } var css = “html {margin-top:0px !important;}”; if (typeof GM_addStyle != “undefined”) { GM_addStyle(css); } else if (typeof addStyle != “undefined”) { addStyle(css); } else { var heads = document.getElementsByTagName(“head”); if (heads.length > 0) {
var node = document.createElement(“style”);
node.type = “text/css”;
node.innerHTML = css;
heads[0].appendChild(node);
}
}

6. Simpan fail tersebut.

7. Selesai!


Selain dari iklan, terdapat satu lagi kelemahan Hotspot Shield yang tidak dapat diatasi iaitu had kuota penggunaan bandwidth hanya 3GB sahaja sebulan..namun, ia mencukupi untuk pengguna biasa..apapun, ia adalah alternatif terbaik untuk Ultrasurf..tambahan pula ia menggunakan kaedah VPN dan bukan proksi..

Apa pula yang anda gunakan untuk melepasi FIREWALL?

No comments:

Post a Comment