Tuesday, May 17, 2016

CIPTA FOLDER RAHSIA DENGAN NOTEPAD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera?

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan artikel mudah,semudah ABC atau dalam bahasa kebangsaannya “kacang je”. Berbekal semangat dan kesempatan masa,anda pasti dapat melakukannya.

Seringkali seseorang itu mendapat masalah apabila sesuatu dokumen yang disimpan pada folder dilihat oleh orang ramai. Secara lalai mana-mana folder yang dicipta dan tidak dijaga akan dapat dilihat oleh orang ramai. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyembunyikan folder mahupun dokumen. Dari yang sukar hingga yang mudah seperti cara yang akan dibentangkan sebentar lagi. Anda dapat menggunakan perisian,menyimpannya di media penyimpanan awan dan pelbagai lagi alternatif yang dapat anda gunakan. Tetapi,untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan kepada anda tutorial untuk membuat folder rahsia dengan menggunakan peralatan yang tersedia pada sistem operasi Windows itu sendiri. Tanpa membuang masa lagi,kita teruskan kepada tujuan kita.


Langkah-langkah mencipta sebuah folder rahsia:-
1. Buka aplikasi Notepad.

2. Salin dan tampal kod dibawah.



cls@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== kata laluan. goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End



3. Ubah perkataan “Kata laluan” kepada kata laluan anda.

4. Simpan fail anda atas sebarang nama dan diakhiri dengan format fail .bat
Cth:–  Kunci.bat

5. Simpan fail tersebut dimana-mana ruang penyimpanan yang terdapat dalam komputer anda.


2013-01-23 12_33_36-Program Manager



6. Klik dua kali untuk menjalankan program tersebut. Anda akan dapati satu tetingkap cmd akan terbuka menggesa anda agar memasukkan kata laluan untuk mengakses fail tersebut. 

2013-01-23 12_35_31-Program Manager



7. Setelah anda memasukkan kata laluan dan klik 'Enter' anda akan dapati sebuah folder dengan nama Locker terbina. Masukkan sebarang dokumen ke dalam folder tersebut. 

2013-01-23 12_46_03-Program Manager


8. Setelah anda selesai memasukkan dokumen anda ke dalam folder Locker. Klik kembali program Kunci.bat tadi. Satu tetingkap akan muncul memberi pilihan kepada anda untuk mengunci folder Locker ataupun tidak. Taip Y untuk Ya! dan N untuk Tidak!. Klik 'Enter'.




 
2013-01-23 12_53_10-Program Manager



9. Selesai sudah tutorial untuk hari ini. Sekiranya anda ingin masukkan sesuatu dokumen. Lakukan perkara yang sama pada nombor 6 dan 7.

Peringatan:-
Jangan pindah fail Kunci.bat atau segala macam dokumen dalam folder Locker akan hilang. Pastikan anda letakkan fail Kunci.bat di tempat yang bersesuaian.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment