kelebihan n kekurangan untuk root smartphone android
Apa itu Root ? Kelebihan & Kekurangan Root Handphone Android
Pengenalan & Apa Itu Root
Satu terma yang sangat sinonim dengan pengguna iOS ialah ‘Jailbreak’, dimana ia membawa pelbagai fungsi tambahan. Tetapi, sekiranya anda ‘Jailbreak’ peranti iOS, sekiranya anda mengemaskini iOS anda, fungsi ‘Jailbreak’ akan hilang.
Bagi pengguna Android pula, terma ‘Root’ sudah menjadi sinonim. Sama sahaja fungsinya dengan ‘Jailbreak’ iaitu membawa pelbagai fungsi tambahan. Sudah tentu fungsi tambahan antara Android & iOS tidak sama. Pada pendapat saya, Android anda tidak akan mencapai ke prestasi yang sebenar sekiranya tidak ‘Root’.
‘Root’ akan memberi akses dan kawalan sepenuhnya terhadap peranti anda. Ia membuka ‘pintu’ kepada pelbagai perkara menarik yang boleh kita lakukan dengan peranti Android.
Jenis
Ada dua jenis, iaitu ‘Soft Root’ dan ‘Permanent Root’. ‘Softroot’ akan membolehkan anda ‘root’ sementara sahaja dan akan hilang sebaik peranti anda dimulakan semula. ‘Permanentroot’ pula akan mengekalkan fungsi ‘root’. Ada sesetengah peranti, anda perlu menggunakan ‘soft root’ terlebih dahulu sebelum menggunakan ‘permanent root’.
Kelebihan
- ***Seperti yang saya nyatakan di atas, ‘Root’ akan memberikan akses keseluruhan peranti anda. Kelebihan lain adalah seperti berikut:
- Perlindungan Sistem – Anda boleh menyimpan ROM asal anda di SDCARD, dengan menggunakan fungsi ‘NANDROID Backup’. Ia sesuai untuk anda yang ingin memasang ROM baharu, tema baharu, ‘overclock’ dan sebagainya.
- Menjimatkan Ruangan Memori Dalaman – Bagi peranti yang mempunyai spesifikasi rendah, ruangan memori dalaman adalah rendah dan tidak mencukupi bagi anda yang ingin memasang banyak aplikasi. Dengan menggunakan aplikasi APPS2D, ia membolehkan anda memindahkan aplikasi dari memori dalaman ke memori SDCARD. Selain itu, anda boleh memadam aplikasi yang anda tidak guna, contohnya HTC Peeps.
- Menjalankan Aplikasi Khusus – Ada sesetengah aplikasi memerlukan fungsi ‘Root’. Contohnya – SetCPU, yang akan mengawal kelajuan CPU peranti anda.
- Memasang ROM – membolehkan anda memasang ROM yang tertentu, yang kebiasaanya membawa pelbagai kelebihan dan ciri – ciri.
- Lebih Pantas – Peranti anda akan lebih pantas. Anda boleh melajukan CPU dengan menggunakan aplikasi SetCPUKekuranganPeranti anda mungkin akan rosak, sekiranya tidak mengikuti langkah – langkah dengan betul dan teratur. Sekiranya anda tidak mahir, dapatkan pandangan dan bantuan dari yang mahir.Bagaimana?Proses untuk ‘root’ adalah berbeza mengikut jenis dan model peranti.
No comments:
Post a Comment