Saturday, September 10, 2016

Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Menggunakan Tools/Aplikasi/Perisian





Cara paling mudah untuk muat turun video di Facebook adalah dengan menggunakan Internet Download Manager. Tetapi tidak semua orang tahu caranya. Nampak mudah pada kita tetapi susah pada mereka yang bukan tech-savvy.

Terdapat banyak caranya, tetapi saya cuba senaraikan yang paling mudah untuk anda.

1. Gunakan URL di bawah. Salin dan tampal di mana-mana kalau anda malas nak ingat.

 https://x.facebook.com/video/video.php?v=”Video ID”

- Kemudian, buka pautan video yang anda ingin muat turun. Contohnya adalah seperti di bawah.

 https://www.facebook.com/agus.s.jaya.16/posts/10205762768423531

- Klik untuk mainkan video dan klik kanan untuk memaparkan pilihan 'Show video URL'. Salin URL tersebut dan dapatkan ID videonya.

Contoh adalah seperti berikut.

 https://x.facebook.com/video/video.php?v=10205762726102473

Seterusnya klik kanan dan pilih 'Save video as'.



Hah, tunggu apa lagi tu. Klik 'Save' la.



2. Cara lain, ialah dengan menggunakan laman web yang dibuat khusus untuk muat turun video dari Facebook (dan beberapa laman lain).
Facebook Video Downloader - Online Download Facebook Videos

Caranya mudah sahaja dan straight-to-the-point. Anda dapatkan pautan video yang anda hendak muat turun, salin dan tampal ke dalam kotak seperti di bawah dan klik butang 'Download'.

SELAMAT MENCUBA :D

No comments:

Post a Comment