Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Instagram merupakan salah satu laman sesawang yang kian popular dimana anda boleh memuat naik gambar dan video secara percuma. Namun, ketika menggunakan Instagram ini pasti kita akan menjumpai satu gambar yang sangat menarik pandangan dan ingin menyimpannya. Tahukah bagaimana untuk menyimpan gambar dari Instagram?
Untuk download gambar dari Instagram, terbahagi kepada 2 kaedah. Pertama, boleh menggunakan satu aplikasi yang dibuat khas untuk download gambar dari Instgram yang diberi nama InstaSave. Boleh memuat-turun aplikasi tersebut di PlayStore bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone. Harap maaf, untuk Windows Phone, saya tidak tahu tempat untuk memuat-turun aplikasi tersebut sebab tak pernah guna.
Baiklah, itu cara untuk memuat-turut gambar dari Instagram mengguna telefon pintar. Tetapi, bagaimana pula nak memuat-turun menggunakan laptop atau komputer? Senang sahaja, ikut langkah-langkah dibawah yang telah *Superhackers48* sediakan.
Pertama
Pergi ke laman sesawang www.instagram.com/namaacc > Pilih gambar yang ingin dimuat-turun
Kedua
Tekan CTRL + U pada papan kekunci atau klik kanan dan pilih View Page Source pada gambar
Ketiga
Pada halaman atau tab yang telah dibuka secara auto tadi, cari perkataan Instagram dan lihat dibawahnya. Hightlight link gambar yang berakhir dengan .jpg dan klik kanan lalu pilih Open Link In New Tab
Keempat
Pada halaman satu lagi, klik kanan pada gambar dan pilih Save As > Pilih kedudukan yang anda mahu gambar itu dimuat-turun dan diletakkan > Siap !
Itu sahaja cara untuk memuat turun gambar dari Instagram menggunakan laptop atau komputer.Amaran keras sebarang kesalahan yang dibuat tidak akan ditanggung 100% oleh *Superhackers48*. Ini hanya untuk tujuan pembelajaran, harap maklum.
No comments:
Post a Comment