Salam semua.. Seperti biasa, jangan bimbang. Tajuk je omputih, tapi artikelnya dalam bahasa Melayu! Pada hari ini kita akan membincangkan serba sedikit akan cara untuk membuat 'Makmal Penggodam' (Asas) atau Hacker Lab.
Tetapan ini adalah asas dan boleh diubah suai mengikut citarasa dan kemampuan anda. Ia tidak rigid dan maksimum bagi sesuatu spesifikasi adalah bergantung kepada pengguna. Tetapan asas ini telah banyak dibincangkan dan jika ada yang anda ingin Mr.Hac tambahkan lagi, kita boleh bincang dalam ruangan komen, ok?
Keperluan Untuk Makmal Asas Penggodam:
1. Komputer
Ya! Sudah semestinya kita perlukan kepada komputer. Spesifikasi komputer yang disarankan ialah mempunyai pemproses dengan kelajuan 1.7GHz ke atas, 120GB kapasiti cakera keras ke atas, RAM dengan kelajuan 2GB ke atas. Jika anda hanya mempunyai RAM berjumlah 1GB, Mr.Hac menasihatkan agar anda kumpul duit (bagi pelajar) dan belilah RAM tambahan. Ini adalah penting untuk menjamin prestasi komputer anda berada pada tahap maksimum.
2. Virtual Machine
Ini diperlukan jika anda tidak mempunyai beberapa lagi PC yang lain untuk melengkapkan kerja-kerja bagi makmal anda. Untuk para pengguna biasa, Mr.Hac mengesyorkan agar anda menggunakan Oracle VM Virtualbox kerana ia adalah perisian virtualisasi sumber terbuka, percuma, dan mudah digunakan serta tutorialnya terdapat di banyak blog-blog dan juga Youtube. Jika anda mahukan versi profesional, anda boleh mencuba mesin virtualisasi VMware.
3. Cloud Storage/Online Synchronization Service/Online Storage
Ok. Ini adalah ruangan maya untuk makmal anda. Ia penting untuk keperluan menyimpan pelbagai 'barang' anda di dalamnya. Untuk itu jika anda mahukan yang percuma, terdapat satu servis yang agak baik iaitu Dropbox.
4. Live USB/CD/DVD
Kebanyakan masa penggodam akan melakukan kerjanya dengan platform atau sistem operasi yang berbeza. Disebabkan itu Live USB adalah penyelamat kepada ruangan cakera keras yang boleh menempatkan pelbagai distro seperti BackTrack, Wifiway, Blackbuntu dan sebagainya.
5. Cakera Keras Luaran
Maya, maya juga. Tapi ruang penyimpanan fizikal perlu juga sebagai sandaran kepada ruang penyimpanan maya.
6. Alamat IP Statik
Alamat IP Statik amat diperlukan untuk melengkapkan proses kerja godaman. Anda boleh membelinya pada mana-mana servis yang menawarkannya di internet, tetapi Mr.Hac menggalakkan anda mencari penyelesaian lain yang percuma. Sila Google caranya.
7. Tools Untuk Menyembunyikan IP
Perlukah lagi Mr.Hac terangkan mengenainya kepada anda? Kecuali anda adalah pembaca baru MHAH, Mr.Hac menggalakkan anda menyemak arkib entri bulan 5 dan 6 untuk mengetahui akan cara menyembunyikan IP dan kepentingannya kepada kita semua, tidak kiralah anda penggodam atau pengguna biasa. Anda juga boleh memuat turun e-book Anonymous Surfing dan membacanya supaya anda dapat tahu perkara asas, mengapa anda perlu menyembunyikan IP.
8. Internet Berkelajuan Tinggi
Ini juga adalah perkara yang sangat penting. Semua pekerjaan maya anda memerlukan kepada kelajuan internet yang konsisten dan tinggi. Unifi, meskipun mahal, adalah salah satu pilihan terbaik yang ada di Malaysia.
9. Tools Untuk Menggodam
Keylogger, Network Sniffer/Analyzer, Penetration Testing Tool, Password Cracking/Recovery Tool, Sosial Engineering Toolkit (SET), adalah antara contoh-contoh tool wajib yang anda perlu ada. Sila buat kajian mengenai semua tool ini ya.
Baiklah. Cukup dulu setakat ini sahaja. Jika anda mahu Mr.Hac tambahkan lagi dalam senarai ini, sila berbuat demikian dalam ruangan komen. Kita jumpa lagi pada entri seterusnya!
Mr.Hac: Kebanyakannya jika anda perasan, ia sudah ada dalam distro Linux yang Mr.Hac sangat sukai, iaitu Pinguy OS 11.04! Contohnya Perisian Dropbox, Oracle VM Virtualbox, Ubuntu One (Cloud Storage) dan macam-macam lagi!
Jika anda suka artikel ini, tolong klik button Google +1 kat atas tu..
No comments:
Post a Comment