Sunday, October 30, 2016

Tukarkan Telefon Pintar Android Anda Kepada Sebuah Komputer Dengan Sistem Operasi Penuh




Sejak dua menjak ini, pelbagai kisah yang kita dengar tentang sistem operasi Android. Dari penyatuan bersama Chrome OS hinggalah kepada versi naik taraf dalam Google Pixel, kesemuanya membuatkan diri berasa tidak sabar lagi untuk mencuba.

Namun, tahukah anda, terdapat satu aplikasi dalam dunia Android yang mampu menukarkan peranti telefon pintar Android anda kepada sebuah komputer berfungsi penuh, dari fungsi berbilang tugas hinggalah kepada menjalankan aplikasi-aplikasi Android seperti pelayar web dan aplikasi pejabat - segalanya boleh dilakukan tak ubah seperti sebuah komputer.

Ya, anda dapat melakukannya dengan menggunakan Andromium OS.

Untuk sementara waktu sahaja, Andromium OS hanya akan terdapat untuk umum bagi versi public beta. Berkemungkinan ia akan menjadi aplikasi berbayar sebaik sahaja memasuki versi stabil.


1. Untuk menggunakannya, pertama sekali muat turun dahulu Andromium OS di Google Play Store.




2. Kemudian, buka aplikasi tersebut. Anda perlu aktifkan beberapa akses yang diperlukan oleh Andromium OS. Sila aktifkan kesemuanya. Di bawah ini adalah gambar contoh daripada Zenfone 2.












Kita kasi on sama dia

3. Setelah itu, buka kembali Andromium OS dan klik pada butang OK.





4. Anda akan dapat lihat pada bahagian drop down notification area tu - Andromium OS (BETA) is running (click to manually launch). Tunggu apa lagi? Klik la.




5. Wal-lah! Andromium OS sudah aktif. Anda boleh sambungkan peranti anda kepada mana-mana laptop dan papan kekunci luaran - siap!













No comments:

Post a Comment