Saturday, June 4, 2016

HACK&CRACK WPA/WEP WIFI DENGAN FERN WIFI CRACKER

Hari ini kita akan membincangkan topik yang menjadi permintaan hangat dikalangan pembaca
My Hackers Are Here. Mr.Hac akan memberikan kepada anda tutorial cara atau kaedah untuk menggodam (hack) dan memecahkan (crack) kata laluan WPA/WEP WiFi dengan menggunakan sebuah tool khas untuk distro Linux iaitu Fern WiFi Cracker.

Tool ini telah didatangkan sekali dalam distro Linux yang paling 'hangat' digunakan untuk menggodam iaitu BackTrack 5. Malang sekali tool yang berguna ini tidak dicipta untuk Windows (sorry pengguna Windows!) oleh itu Mr.Hac menggalakkan anda untuk memasang secara dual boot dengan Windows distro Linux sama ada BackTrack 5 atau Ubuntu, atau boleh juga Linux Mint untuk menggunakannya. Tentang kaedah pemasangan Fern WiFi Cracker ini pada Ubuntu, itu Mr.Hac akan tulis kemudian dalam entri yang akan datang.

Ok? Dah cukup dengan intro tu? Mari kita telusuri kaedah ini bersama.

Kaedah/Cara Menggunakan Fern WiFi Cracker:

1. Klik pada butang Refresh untuk memuatkan antaramuka pemantau (monitor interface). Kemudian klik pada butang Scan untuk memulakan pengimbasan.




2. Apabila terdapat rangkaian WPA atau WEP dijumpai oleh Fern ini, maka akan kelihatan paparan seperti di bawah:




3. Jika anda memilih untuk menggodam WEP, paparan seperti di bawah (InsyaAllah) akan keluar:




4. Jika anda memilih untuk menggodam WPA pula, maka paparan seperti di bawah (InsyaAllah) akan keluar:



5. Kata laluan atau kekunci (keys) akan ditambahkan ke dalam pengkalan data (database) secara automatik selepas ia berjaya dipecahkan. Bagaimanapun, anda boleh menambahkan keys secara manual. Pengkalan data boleh dijejaki di /usr/local/bin/Fern-Wifi-Cracker/key-Database/Database.db 





6. Anda boleh menjejaki lokasi router WiFi dengan Mac Address menggunakan Geolocatory Tracker. Ia boleh dibuka melalui Toolbox -> Geolocatory Tracker



7. Dah tu tunggu apa lagi? Guna la WiFi tu! Haha!

SUMBER GAMBAR/ENTRIFern WiFi Cracker (Sila muat turun ia dari sini)


WINDOW 7 GENUINE?




Salam...

Mencari yang asli bukannya susah. Membayar yang asli itulah yang amat susah. Mencari yang palsu bukannya payah. Menentukan bukan palsu itulah yang amat payah. Pandang belakang jalan berlenggang rambutnya panjang. Pandang depan mekap terang dadanya kembang. Bila bersembang...Wow! Ketawa mengilai memanjang. Hoh! Jembalang Tokong dah nak datang...kui3...

Lazimnya sebagai pembeli komputer baru anda sepatutnya mendapatkan sistem operasi Windows yang asli seperti yang dijanjikan oleh peruncit atau pengilang. Adakah anda akan telan bulat segala kata manis penjual? Atau percaya bulat pada logo Genuine Microsoft Software seperti yang anda lihat di atas? Anda akan tersedak selagi yang bulat itu anda terus telan tanpa mengunyah dengan cermat setiap persoalan. Cuma sedikit masa sahaja yang diperlukan untuk anda mengenali samada Windows anda asli atau tiruan. Melalui 3 kaedah yang saya anggap terbaik di dunia dan boleh dipercayai.

Kaedah 1 :
1.  Buka Command Prompt yang terdapat dalam fail Accessories dari Start Menu. Dan jalankan Command Prompt dengan Run As Administrator.
2.  Masukkan kod : sfc /scannow




3.  Kemudian tekan Enter. Biarkan ia membuat imbasan (scan) sehingga lengkap 100%. 4.  Selesai pengimbasan anda akan medapat keputusan samada terdapat sebarang kesalahan dalam sistem operasi Windows anda.




5.  Sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti CRACK, secara automatik ia akan membaiki (fix) sekaligus membuang (remove) CRACK dari sistem operasi. 
6.  Kemudian tutup Command Prompt dan hidupkan semula komputer sebagai pelengkap proses.

Kaedah 2 :
1.  Boot dengan mana -mana dvd Windows 7, tak kisahlah dvd yang asli atau tiruan.
2.  Pilih Repair your computer.



3.  Masuk ke System Recovery Options kemudian pilih Command Prompt.



4.  Masukkan kod : bootsect.exe /nt60 ALL



5.  Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat keputusan Successfully updated NTFS filesystem bootcode. Ertinya kerja pengimbasan sudahpun selesai. Dan secara automaik sistem anda telah di kemaskini dan sebarang unsur LOADER telahpun di nyahpasang.
6.  Sila hidupkan semula komputer untuk lanjutan keputusannya.



Kaedah 3 :
1.  Pergi ke laman Microsoft untuk memuat turun kemaskini KB971033
2.  Pasang kemaskini tersebut dan hidupkan semula komputer setelah selesai.
3.  Dan secara automatiknya segala keraguan dalam sistem operasi Windows anda telahpun dibersihkan.
*Sayugia diingatkan walaupun kemaskini KB971033 sudahpun siap terpasang terlebih dahulu dalam Windows Update, crack / loader sebenarnya masih boleh dipasangkan kemudian. Jadi, jika inginkan penilaian yang mutakhir, anda perlu memasang semula kemaskini tersebut.

*Anda harus melalui satu persatu 3 kaedah di atas sekiranya inginkan jawapan yang paling maksima.
*Untuk melihat paparan logo Genuine Microsoft Software : Klik kanan My Computer > Properties > Windows activation.


Tutorial ini sekadar satu peringatan dan didikan supaya kita bijak dalam membuat penilaian. Adakah anda pengguna Windows asli? Kalau sudah tahu tangan tu berbau petrol, jangan sesekali berani bermain dengan api.

Sekian.


CARA DOWNLOAD VIDEO YOUTUBE TANPA SOFTWARE

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera.
Artikel kali ini kami kognsikan 1 tips paling mudah untuk muat turun (download) video dari youtubetanpa memerlukan software.Sangat mudah digunakan dan sangat ringkas ^_^

Pertama, anda hanya perlu ke laman web http://en.savefrom.net/ dan masukan url Link Video yang ingin di download.contoh seperti gambar dibawah.




Tunggu beberapa saat, selepas keputusan diproses, sila rujuk kotak bewarna merah, pilih jenis fail yang anda ingin dan klick sahaja pada link berkenaan. Selesai tutorial Download Video dari youtube tanpa Software.

Selain youtube, boleh juga guna untuk download fail dari rapidshare.com

kalau malas boleh paste sahaja link youtube dibawah. :p

Masukan Url Video dibawah dan klick Download

Jika artikel ini bermanfaat, sila klick button share dibawah.selamat mencuba

LAJUKAN BUFFERING YOUTUBE MENGGUNKAN CMD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedang dok belek2 Google terjumpa trik di Google, dengan harapan boleh melajukan buffering di Youtube walaupun menggunakan internet yang perlahan.

Ikuti Tutorial Bergambar di Bawah:

Firstly, Launch Comamnd Prompt as Administrator di PC anda. Dengan cara, klik pada Windows button, taip ‘cmd’ di ruangan Search tu, right-click pada ikon applikasi Command Prompt da pilih ’Run as administrator’. Pastikan anda klik ‘Yes’ pada window User Account Control (UAC) jika window itu keluar.


2. Copy dan paste command di bawah ke dalam Command Pormpt tersebut.


netsh advfirewall firewall add rule name="YouTubePerformanceHack" dir=in action=block remoteip=173.194.55.0/24,206.111.0.0/16 enable=yes


3. Selesai.. sekarang cuba buka Youtube, play sebarang video di sana untuk tengok perbezaan kelajuan.

4. Jika trik ini tidak menjadi atau anda mahu delete command tadi, sila copy dan paste command di bawah ke command prompt.


netsh advfirewall firewall delete rule name="YouTubePerformanceHack"

Selamat mencuba.