Saturday, April 15, 2017

Pasang Wallpaper Beranimasi Zombie Di Desktop Anda




Disebabkan ramai pula yang request nak pasang animated wallpaper seperti video di bawah ini, maka abam pun dengan senang hari tuliskan caranya. Mudah sahaja, hanya beberapa klik sudah boleh dapat lihat zombie cuba menerobos ke dalam ruang kerja anda.
Apa yang anda perlukan ialah:

1. Wallpaper Engine atau muat turun di SINI.

2. Zombie HD Video atau muat turun di SINI.

Caranya:

1. Muat turun kedua-dua fail di atas. Kemudian, ekstrak fail Wallpaper Engine ke dalam satu folder.

2. Letakkan pula fail video tersebut ke dalam folder lain atau folder yang sama, asalkan tidak terdapat kebarangkalian anda terpadam video itu.

3. Seterusnya, mengikut sistem operasi masing-masing, jalankan fail pelancar.

wallpaper32 untuk 32-bit, dan wallpaper64 untuk 64-bit.

4. Klik Open from File - pilih fail video zombie itu tadi, dan klik OK. Ubah tetapan mengikut kesesuaian prestasi desktop masing-masing.




5. Siap! Desktop anda sudah bersedia untuk menakutkan orang. Heheheh.

NOTA KAKI: Kalau ada fail .dll yang 'hilang' atau error berkaitan fail tersebut, anda cari sahaja pada encik Google. Mungkin ada sesuatu yang perlu dipasang. *Lupa nak sebut perkara ni.

Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Ia amat membantu blog ini. Terima kasih daun keladi, dah download jangan lupa diri. Heheheh.

Cara Mudah Hantar Mesej WhatsApp Kepada Nombor Yang Belum Disimpan




Memang agak bengang apabila kita menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada nombor yang tidak dikenali semata-mata untuk bertanya tentang barang yang dijual oleh mereka, hanya untuk mendapat jawapan balas,

"Sorry bos dah jual".

Kalau dah tahu barang dah terjual, reti-retilah padamkan iklan tu. Ini tidak, menyusahkan orang saja. Paling tak boleh terima, sudahlah barang tidak tahu status terjual atau tidak, pemilik nombor tak balas pun pesanan yang dihantar! zZz zZzzz.




Di sinilah pentingnya kita tahu sedikit trik yang mampu menyelamatkan kesabaran kita dari dimamah kebodohan kemalasan pemilik iklan yang tak reti nak padamkan iklan selepas barang terjual (biasanya dari mudah.my).

Terdapat dua URL yang mampu membantu kita dalam hal ini iaitu:


Aplikasi Android Wasapp.me > Wasapp.me for WhatsApp

Secara ringkas, cara menggunakan kedua-dua laman ini amat mudah. Anda hanya perlu gantikan nombor telefon yang ingin dihubungi dan dimulakan dengan nombor 6 (kod negara Malaysia).

Contoh:

http://www.wasap.my/60123456789

Atau:

http://wasapp.me/60139008835

Mudah bukan? Di kedua-dua laman tersebut juga terdapat beberapa ciri tambahan seperti jana pautan,buat pautan eksklusif, dan sebagainya.

Dah cuba nanti jangan lupa share ya.

Sunday, October 30, 2016

Repost: Shortcut Virus Remover (Belajar Cara Menghapuskan Virus Shortcut Melalui Command Prompt)

Tahun 2015, virus shortcut masih berleluasa lagi. Serius? yeah.. serius.. -_-

Tak pasti sejak tahun bila ia dicipta, tapi yang pasti ianya adalah kod asas, namun yang 'asas' inilah yang telah menyusahkan ramai orang bertahun lamanya.

Apa yang pasti ia amat menjengkelkan. Saya sudah bosan melihat komputer dan pemacu USB yang dijangkiti dengan virus 'mudah' ini.

Jadi untuk memudahkan cara, apa kata anda hafal baris perintah di bawah supaya apabila kena di esok hari, anda tidak gelabah puyuh, berpeluh dahi dan menangis di tepi dinding menyalahkan takdir. Huh..

1. Tekan butang Windows + R, taipkan cmd, dan tekan Enter.
2. Halakan cmd ke pemacu USB anda.
3. Taipkan baris perintah ini : del *.lnk dan tekan Enter.
4. Taipkan : attrib -h -r -s /s /d F:*.* (Huruf F tersebut adalah label untuk pemacu anda. Tukarkan ia jika hurufnya berlainan)
5. Tekan Enter dan tunggu sehingga selesai.

Berikut adalah contohnya. Saya demokan pada pemacu USB saya yang jelasnya tiada virus tersebut. -_-



Anda jenis pening kepala? Tak tahu 'bermain' dengan command prompt? Ahhh.. download je lah app di bawah ini:

Klik pautan muat turun untuk orang yang malas menghafal baris perintah : Shortcut Virus Remover

Har har har.. <--- gelak jahat 
Kalau tak paham lagi cara nak buat boleh contact admin kt wechat ye:

------------->ID:Haikal903<----------------

ADD JANGAN TAK ADD YA :D

Tiba-Tiba Tak Boleh Taip Di Google Chrome? Ini Jalan Penyelesaiannya

Google Chrome sememangnya pelayar web yang amat mengagumkan. Tidak kerana kepantasannya semata-mata, tetapi juga dek kerana ia salah satu dari 'anak emas' Google, maka boleh kata pelbagai kemudahan dari Google dimuatkan ke dalamnya.

Tetapi terkadang apabila dah banyak ciri, banyak jugalah 'kekacauan' yang ada padanya. Salah satu bugs terbaru yang boleh dikatakan agak merunsingkan ialah apabila tiba-tiba pengguna tidak dapat menaip pada mana-mana tempat di Google Chrome.

Namun jangan bimbang, ia adalah masalah kecil yang dapat diselesaikan dengan mudah kalau tahu caranya. Anda hanya perlukan satu extension yang dipanggil sebagai Click&Clean. Anda cuma perlu pasangkan ia, dan kemudian klik pada ikon Click&Clean yang terdapat di atas Google Chrome tersebut. Anda boleh tweak tetapan extension ini mengikut kepada apa yang anda suka. Berikut adalah contoh paparan skrin Click&Clean:



Tweak ikut suka anda. Kalau saya, saya biarkan semua kotak ditanda kecuali 'Delete cookies'.


Selepas itu, klik pada 'Clear Private Data'.


Siap!


Yeahhh, dah boleh menaip!

Buat sementara waktu, ini saja cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah anda selain mengemaskini versi pelayar web kepada versi paling baru. Oh ya, jangan lupa share dan Tweet post ini ya! Terima kasih semua!

Tonton Hulu, The CW, Dan Lain-Lain Laman Penstriman Dari Luar US Tanpa Menggunakan VPN




Buat yang memang 'kaki tonton' memang akan mencari pelbagai cara agar dapat akses kepada laman-laman strim video yang dikhususkan untuk para penduduk asli Amerika Syarikat (AS). Cara yang biasa digunakan adalah mengaplikasikan VPN kepada rangkaian. Namun sejak Netflix, Hulu, dan lain-lain laman penstriman seperti itu mula menyekat alamat IP yang dikenali datang dari servis VPN, hobi ini seakan tersekat seketika.

Maka banyak jugalah servis yang cuba melawan tindakan ini dengan agresif, apabila setiap kali cuba disekat, mereka akan cipta dan buat pula cara lain bagi mendapatkan kembali akses. Dalam berbanyak cara, satu cara mudah ini nampaknya membuahkan hasil.

Memperkenalkan - Keenow - Free Smart DNS.

Apa itu Keenow? Keenow adalah pelayan DNS yang dikhaskan menjadi perantara laman-laman penstriman kepada pelayan proksi yang kebiasaannya terletak di Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan pengguna melayari dan menonton laman-laman penstriman tersebut. Antara laman yang biasanya khusus untuk pengguna dari AS ialah Hulu, The CW, CNN Go dan pelbagai lagi laman - 70 kesemuanya disokong khas oleh Keenow.

Cara Menggunakannya

Caranya amat ringkas sekali. Apa yang perlu anda lakukan ialah - pasang extension/addonbagi pelayar web Chrome/Firefox. Kemudian tukar tetapan DNS anda kepada Keenow.

Preferred DNS Server: 62.210.122.43
Alternate DNS Server: 52.53.215.125





Selesai! Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menikmati kandungan dari laman-laman yang menyekat geo-lokasi khusus buat penduduk AS sahaja. Sekarang anda sudah boleh layari laman Hulu, The CW, dan lain-lain lagi tanpa bimbang kepada sekatan. Sekiranya cara ini tidak lagi berkesan (di masa akan datang), sila rujuk laman Keenow untuk mendapatkan sebarang berita kepada perubahan DNS (sekiranya ada).

Cara Strim Torrent Menggunakan Kodi : Nikmati Filem Berkualiti Dan Berdefinisi Tinggi




Baiklah. Kita kembali kepada tutorial penstriman menggunakan Kodi. Cuma dalam tutorial kali ini kita akan gunakan versi 16.1 'Jarvis'.

Ok, kita terus kepada tajuk.

Jadi, macam mana caranya kita nak stream torrent melalui Kodi? Caranya amatlah mudah sekali. Apa yang penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah masukkan terlebih dahulu repo Fusion.

1. Pergi kepada Systems - File Manager - Add source : http://fusion.tvaddons.ag

Namakan ia sebagai 'Fusion'.




2. Kemudian pergi ke Settings - Add-ons - Install from zip file - Fusion - xbmc-repos - english - repository.unofficialquasar.*.*.*.zip.




3. Seterusnya, pergi ke Settings - Add-ons - Install from repository - Unofficial Quasar Repo - Video add-ons - Quasar - Install




4. Setelah itu, terus ke belakang, navigasi ke Program add-ons - pasang mana-mana penyedia torrent yang anda suka. Tak perlu pasang terlalu banyak, contohnya saya sendiri hanya pasang EZTV, YIFY, RARBG, TorLock, dan 1333x.





5. Tetapkan 'Download path' bagi menempatkan fail torrent yang akan distrim/muat turun.




6. Tetapkan pula 'Custom provider timeout'. Contohnya 30 saat, untuk mengelakkan dari ralat 'No links found'.




7. Ok dah siap pun semua tetapan yang diperlukan. Sekarang anda sudah boleh mula cari apa-apa filem yang anda ingin tonton. Klik sahaja pada namanya dan ia akan mula menimbal (buffering).





8. Streaming done bro. Itu dia, filem berkualiti tinggi dari torrent sudah boleh ditonton.




Kalau anda suka dengan tutorial seperti ini, silakan klik butang share dan jangan lupa komen sekali.

Tonton YouTube Dengan Kelajuan Sehingga 500Mbps Menggunakan Internet Anda Sendiri



Penstriman video bukan lagi perkara asing kepada pengguna internet baik di Malaysia, mahupun di seantero dunia. Namun, tak semua dari kita bernasib baik, dapat menerima kelajuan yang bagus dengan bayaran minima.

Oleh itu, trik kali ini saya ingin kongsikan untuk anda, apa yang anda perlukan cuma:

1. Internet berkelajuan dalam 1 hingga 2Mbps (dah cukup).
2. PC, lappy, tablet, atau telefon pintar.
3.  Otak yang cargas.

Sebenarnya trik ni 'cap ayam' saja. Tapi walaupun 'cap ayam', boleh la membantu anda sedikit sebanyak. Harapan saya begitu, dan dengan cara apa ia boleh dilakukan? Dengan menggunakan sebuah laman web yang bernama Rabb.it.

Apa Itu Rabb.it?

Rabb.it ialah laman yang menempatkan aktiviti desktop kawalan jauh (remote desktop). Kita tidak akan menggunakan kelajuan internet dari ISP sendiri, sebaliknya kita akan strim kandungan menggunakan kelajuan internet dari pelayan laman tersebut (itu trik dia sebenarnya, ringkas je).

Jadi macam mana caranya? Mudah juga. Anda daftar dan sahkan terlebih dahulu akaun Rabb.it.
Daftar > Rabb.it

Selepas anda sahkan akaun anda itu, anda log masuk ke laman Rabb.it.



Pilih 'Messages only'.

Kemudian, pilih pula 'Decide what to watch now'.




Anda akan melihat pilihan seperti di bawah keluar.




Anda boleh pilih sama ada memasukkan URL laman yang anda mahu, ataupun terus klik pada pilihan YouTube, Netflix (taip sendiri), HBO Go, dan lain-lain laman penstriman (asalkan anda ada akaun laman tersebut).

Jika anda klik pada pilihan YouTube, ia akan membuka pelayar web 'Rabbitcast', yang membolehkan anda strim secara terus. Anda boleh membuat pilihan untuk LD atau HD (low/high definition).